Don't

Followers

Monday, 28 May 2012

Aplikasi Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012

Aplikasi Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012 boleh dicapai melalui laman sesawang berikut:


http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/keputusan_exam/

Semakan ini boleh dilakukan mulai 29 Mei 2012 jam 10.00 pagi. Untuk mengisi ruang USERID, tambahkan 6 angka akhir nombor kad pengenalan anda selepas nombor matrik.

Contoh:

Nombor matrik anda: MA0455527085
6 angka terakhir kad pengenalan anda: 026295
Maka USERId anda ialah: MA0455527085026295

Sekiranya anda menghadapi sebarang kesulitan, sila hubungi 03-88844083.


Lagu Sejahtera Malaysia

Lagu Sejahtera Malaysia





Puji dan syukur pada Illahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian
Kemakmuran
Malaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada Nusa dan Bangsa
Kami junjung
Cita-cita luhur
Perpaduan seluruh Negeri

Seia sekata
Sehati sejiwa
Menghadapi cabaran

Kami sedia
Kami setia
Berkorban untuk Negara

Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia

Lagu ini dimulakan dengan puji-pujian terhadap Allah SWT. Bersyukur atas nikmat Allah SWT yang melimpah ruah dan tidak dapat terhitung oleh manusia.

Kita berasa bersyukur kerana negara kita Malaysia berada dalam suasana aman damai dan makmur. Bukan sahaja di mata rakyat Malaysia sendiri tetapi perkara ini juga sudah menjadi perbualan masyarakat luar negara terutamanya yang pernah melancong ke negara kita.

Lagu ini menanamkan semangat yang berkobar-kobar kepada setiap rakyat Malaysia supaya mempunyai jati diri yang kuat untuk berjaya dalam hidup. Apabila kejayaan berjaya kita kecapi, maka dengan sendirinya kita telah berbakti kepada negara dan bangsa kita.

Berdasarkan kepada cita-cita dan niat yang suci ikhlas demi cintakan tanah air, ia bakal mewujudkan semangat perpaduan seluruh negeri. Mengapa? Kerana mereka mempunyai matlamat dan visi untuk mengerakkan segala tenaga dan usaha menjaga kedamaian dan keselamatan negara kita Malaysia.

Ayuhai anak remajaku, masa depan Malaysia terletak di bahu mu. Mulakanlah langkah kaki mu dengan tegas dan berpendirian teguh. Patahkan segala batu dan kayu penghalang perpaduan dan kemakmuran. Ramai musuh yang dengki dengan kebahagiaan yang kita kecapi. Tanpa anda semua, maka akan runtuhlah tiang agama dan tiang negara kita. 

Setiap Hari, Satu Petikan Ayat Al Quran + Satu Petikan Hadis + Satu Petikan Motivasi

Cuba amalkan. Insya Allah diri akan rasa lebih tenang, jiwa rasa lebih lapang, tekanan semakin kurang dan insya Allah lidah jadi mudah untuk berbicara.

Di mana nak cari satu petikan dari ayat Al-Quran?
Setiap hari kita bangun awal pagi untuk solat fardu subuh. Cubalah bangun seawal mungkin. Jika azan subuh adalah pada jam 6.00 pagi, cubalah bangun pada jam 5.30 pagi. Tujuannya supaya kita membuat persediaan untuk solat subuh tersebut. Anggaplah solat subuh tersebut suatu yang sangat istimewa iaitu sebagai hadiah kita untuk Allah SWT. Bukannya atas rasa terpaksa. Benar-benar lahir dari hati yang jujur ikhlas.

Setelah selesai solat subuh, bacalah ayat Al-Quran walaupun sepotong ayat. Jika tidak pun, cubalah buka tafsir Al-Quran membaca sekurang-kurangnya beberapa ayat dan maknanya. Kita cuba amalkan bersama-sama keluarga kita. Jika kita seorang suami, kita bacakan maksud ayat Al-Quran yang kita baca tadi. Jika nak lebih baik lagi kita huraikan sedikit tafsiran Al-Quran tersebut. Insya Allah hati kita sepanjang hari lebih tenang dan lebih yakin. Insya Allah.

Adalah penting supaya kita memperuntukkan sedikit dari duit gaji kita untuk peningkatan dan pembaikan jiwa (rohani) diri kita sendiri dan keluarga kita. Jika setiap bulan kita boleh membeli baju baru, apa salahnya kita tambahi juga dengan satu buku setiap bulan. Baju boleh lusuh setelah bertahun dipakai, namun ilmu keimanan dari buku agama yang kita beli pastinya melekat terus di dalam hati sampai bila-bila. Insya Allah.

Lagu 1Malaysia - Universiti Limkokwing

Lagu tema Satu Malaysia dihasilkan oleh Limkokwing Sound & Music Design Academy. Lawati laman web Limkokwing di http://www.limkokwing.net/malaysia/ 




Satu Malaysia

 Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Kita satu bangsa, kita satu Negara
Kita satu matlamat, ooooo....
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata
Sehati dan sejiwa

Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Kita satu bangsa, kita satu Negara
Kita satu matlamat, ooooo....
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Kepentingan Menghayati Rukun Negara

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
  1. Kepercayaan kepada Tuhan
  2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang-Undang
  5. Kesopanan Dan Kesusilaan
Rukun Negara diwujudkan untuk memandu rakyat negara kita ke arah perpaduan. Rukun Negara ini terpakai kepada setiap warganegara Malaysia tidak kira kaum, bangsa, agama dan ideologi. Sekiranya Rukun Negara ini kita langgari, keharmornian dan kestabilan negara kita akan terjejas.


Apakah Jawapan Anda Tentang Tujuan Kita Belajar?

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Sebelum kita belajar, cuba kita tanya diri kita kenapa kita perlu belajar. Seandainya jawapan anda seperti di bawah, anda belum lagi mengetahui matlamat dan tujuan sebenar konsep belajar:

  1. Saya belajar sebab semua orang belajar.
  2. Sebab mak dan ayah saya suruh saya belajar.
  3. Sebab nak jadi kaya.
  4. Sebab nak jadi terkenal.
  5. Saya tak tahu tujuan saya belajar, cuba terangkan.
Maka, amat perlu kita tanya betul-betul dalam diri kita, mengapakah kita perlu belajar. Cari jawapan yang terbaik untuk diri anda. Seandainya anda masih lagi rasa tidak berminat mahu belajar atau tak ada langsung rasa kepentingan belajar, maka anda masih belum jumpa jawapan tersebut. Jawapan itu terletak dalam diri anda.

Pada saya tujuan kita belajar adalah supaya kita ketahui apa yang kita tidak ketahui. Semakin belajar, semakin banyak rasa kita tidak tahu. Betul tak kalau kita tak belajar, seumpama kita tahu serba serbi (sebenarnya tak tahu atau tahu sedikit sahaja)..