Don't

Followers

Monday 28 May 2012

Mengapakah Menjaga Sahsiah Adalah Amalan Mulia

Kita pernah mendengar bagaimana seorang pelajar boleh cemerlang dalam pelajaran. Tentunya belajar bersungguh-sungguh dalam kelas dan luar kelas. Juga tekun mendengar pengajaran guru. Siap semua kerja rumah yang diberikan guru.

Begitulah kalau kita menjaga sahsiah, kenalah bersungguh-sungguh. Janganlah seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Ataupun macam iklan biskut Chipsmore: sekejap ada, sekejap tiada. Usaha ini hendaklah dijalankan secara berterusan.

Mengamalkan sahsiah yang baik sebenarnya bukanlah sesukar mana. Ia lahir dari hati yang suci dan keinsafan diri. Orang yang mempunyai hati yang suci dan mempunyai keinsafan diri insya Allah mempunyai sahsiah yang terpuji dan disanjung tinggi. Untuk itu, sucikanlah hati dan insafkanlah diri. Insya Allah boleh melahirkan sahsiah yang baik.

No comments:

Post a Comment