Don't

Followers

Motivasi Untuk Pelajar

Pengenalan:

Assalamualaikum wbt..

Ruangan ini 'Motivasi Untuk Pelajar' adalah untuk kegunaan anda semua. Sesuai digunakan oleh para guru, ibu bapa, pakar motivasi, pemimpin rakyat, masyarakat umum dan para pelajar. Semoga dengan adanya ruangan ini, anda dapat menzahirkan dan meningkatkan semula tahap motivasi kepada kumpulan sasaran atau diri kita. Insya Allah.

Oleh kerana ruangan ini adalah suatu 'Page' dalam blogger, maka saya akan update dan meletakkan setiap kali kemaskini dengan nombor siri serta tarikhnya. Semoga menjadi panduan anda semua.



Siri 00001 (30 Mei 2012):

Assalamualaikum wbt...

Suatu perkara yang penting, kita akan baca berkali-kali. Dah baca, kita baca lagi. Kemudian kita baca betul-betul sebab kita rasa benda tu penting sangat. Kalau perkara tu penting sangat, sampai sanggup kita potong bahagian yang kita baca tu kemudian kita simpan di tempat yang selamat dan mudah dicari semula.

Situasi ini boleh sahaja terjadi semasa kita membaca majalah, surat khabar, surat cinta, atau dokumen penting seperti slip keputusan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Betul kan?

Cuba kita ingati semula situasi yang pernah kita alami tersebut. Cuba ceritakan. Cuba beritahu saya apa yang kamu simpan dan apa yang kamu baca tersebut. Terangkan isi kandungannya. Cuba terangkan kepada saya bagaimana kamu anggap perkara itu penting. Cuba. Ini untuk kepentingan diri kamu sendiri. Percayalah.

Ya, sudah pasti kamu dapat menerangkan segala-galanya dengan terang dan mudah walaupun sudah lama perkara tersebut itu berlalu. Ini samalah dengan suatu kejadian yang menimpa diri kita. Tak kisahlah perkara tersebut penting, positf atau negatif, semuanya ada satu kesamaan iaitu: KAMU MENGINGATINYA.

Bukan tujuan saya untuk meminta kamu mengingat kembali perkara tertentu. Tujuan saya supaya kamu mengambil iktibar daripadanya. Cuba fikir: Selama ini kita susah nak ingat apa yang kita belajar di sekolah, serta susah faham apa yang para guru ajar. Jadi, bagaimanakah kita dapat mengaplikasikan apa yang kita belajar pada siri ini dalam kelas? Analoginya, cuba fikir. Mungkin lain orang lain caranya tapi mungkin kamu boleh cuba dengan cadangan saya ini.

Baiklah, sebelum kamu masuk ke dalam kelas atau ketika melangkahkan kaki kamu ke sekolah, niatkan betul dalam hati bahawa HARI INI ADALAH HARI YANG PENTING DALAM HIDUP kamu. Ya, tidak salah kan kalau setiap hari adalah hari yang penting dalam hidup kamu. Kamu perlu rasakannya betul-betul dan ulang-ulang kembali setiap hari. Salahkah Nicol David menjuarai setiap kali tournament Squash? Cuba fikir.

Jika kamu masih tidak dapat melakukannya lagi, cuba kamu muhasabah tentang niat kamu dalam menuntut ilmu. Apakah tujuannya? Sebaik-baiknya elakkan dari mengaitkan tujuan kamu belajar dengan kebendaan dan perkara-perkara materialistik. Kita bersambung kembali pada sesi akan datang...



Siri 00002 (DALAM PROSES):

Sila tunggu siri ini..

No comments:

Post a Comment