Don't

Followers

Tuesday 29 May 2012

Mari Belajar Rukun Iman

Rukun Iman

Ertinya bagi meningkatkan batas-batas keimanan serta keyakinan dan kepercayaan kepada Allah SWT.

1. Percaya Kepada Allah SWT
-          Dengan iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepadaNya sahaja.
-          Secara positif kita menuju tauhid yang semurni-murninya dan secara tidak langsung kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah SWT.

2. Percaya Kepada Malaikat
-          Dengan penuh keimanan kita mempercayai bahawa adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat uang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah SWT.

3. Percaya Kepada Kitab-Kitab
-          Percaya dengan yakin bahawa kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah SWT yang memimpin manusia, yang ditutup dan diakhiri dengan Al-Quran.

4. Percaya Kepada Nabi-Nabi Dan Para Rasul
-          Dengan beriman kepada nabi-nabi dan rasul-rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah SWT untuk memberi petunjuk, yang diakhiri oleh Nabi Muhammad SAW.

5. Percaya Kepada Hari Kiamat
-          Dengan iman, kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan lagi berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau di neraka.

6. Percaya Kepada Qada’ Dan Qadar
-          Dengan beriman kepada qada’ dan qadar, kita mempercayai bahawa disamping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah SWT telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya.

No comments:

Post a Comment