Don't

Followers

Siapa Saya

Assalamualaikum wbt..

Saya bernama Muhammad Sufi bin Ahmad. Berasal dari Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Mengajar di SMK Agama Kota Kinabalu. Berpengalaman mengajar di sekolah menengah sejak tahun 2004. Maka insya Allah dengan pengalaman selama 8 tahun bergelumang dengan berbagai ragam remaja, izinkan saya berkongsi sedikit ilmu untuk kebaikan dan modal pelengkapan sahsiah remaja masa kini.

Menjawat jawatan Ketua Panitia Kejuruteraan dan Guru Penasihat Persatuan Pengakap. Kini mengajar mata pelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan tingkatan 4 dan 5. Selain itu mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Lain-lain mata pelajaran yang pernah diajar adalah Kemahiran Hidup Bersepadu (Kemahiran Teknikal), Kemahiran Hidup Bersepadu (Perdagangan & Keusahawanan), Teknologi Kejuruteraan, dan Matematik Tambahan.

Tujuan saya menulis blog ini yang pertamanya adalah kerana Allah SWT. Saya ingin menyebarkan sesuatu kebaikan untuk memahamkan sesiapa yang tidak faham, menyedarkan sesiapa yang tidak sedar dan mengingatkan kembali kepada sesiapa yang terlupa. Semoga dengan lahirnya blog ini menjadi warisan zaman berzaman untuk kegunaan para guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar sekalian. Para pengguna dicadangkan membaca Penafian sebelum melayari laman web ini. Sila merujuk kepada Penafian blog ini di sini.

No comments:

Post a Comment