Don't

Followers

Monday 28 May 2012

Lagu Sejahtera Malaysia

Lagu Sejahtera Malaysia





Puji dan syukur pada Illahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian
Kemakmuran
Malaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada Nusa dan Bangsa
Kami junjung
Cita-cita luhur
Perpaduan seluruh Negeri

Seia sekata
Sehati sejiwa
Menghadapi cabaran

Kami sedia
Kami setia
Berkorban untuk Negara

Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia

Lagu ini dimulakan dengan puji-pujian terhadap Allah SWT. Bersyukur atas nikmat Allah SWT yang melimpah ruah dan tidak dapat terhitung oleh manusia.

Kita berasa bersyukur kerana negara kita Malaysia berada dalam suasana aman damai dan makmur. Bukan sahaja di mata rakyat Malaysia sendiri tetapi perkara ini juga sudah menjadi perbualan masyarakat luar negara terutamanya yang pernah melancong ke negara kita.

Lagu ini menanamkan semangat yang berkobar-kobar kepada setiap rakyat Malaysia supaya mempunyai jati diri yang kuat untuk berjaya dalam hidup. Apabila kejayaan berjaya kita kecapi, maka dengan sendirinya kita telah berbakti kepada negara dan bangsa kita.

Berdasarkan kepada cita-cita dan niat yang suci ikhlas demi cintakan tanah air, ia bakal mewujudkan semangat perpaduan seluruh negeri. Mengapa? Kerana mereka mempunyai matlamat dan visi untuk mengerakkan segala tenaga dan usaha menjaga kedamaian dan keselamatan negara kita Malaysia.

Ayuhai anak remajaku, masa depan Malaysia terletak di bahu mu. Mulakanlah langkah kaki mu dengan tegas dan berpendirian teguh. Patahkan segala batu dan kayu penghalang perpaduan dan kemakmuran. Ramai musuh yang dengki dengan kebahagiaan yang kita kecapi. Tanpa anda semua, maka akan runtuhlah tiang agama dan tiang negara kita. 

No comments:

Post a Comment