Don't

Followers

Tuesday 29 May 2012

Mari Belajar Kembali Rukun Islam

Rukun Islam

Ertinya menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan hata milik kita sehingga tertegaknya keislaman yang sempurna. Terdapat 5 Rukun Islam yang wajib diamalkan sekiranya tiada uzur dan adalah wajib diketahui oleh orang Islam iaitu:

1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah
  • Iaitu “Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah”
  • Dengan Syahadatain, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa yang Maha Esa itu adalah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruhNya.
2. Solat Lima Waktu Sehari Semalam
  • Dengan menunaikai solat, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepada Allah SWT. Sesungguhnya hanya yang layak kita abdikan diri kita hanya pada Allah SWT.
  • Mulai dari lidah kita membaca, tangan kita bergerak, mata, telinga dan fikiran kita terpusat dengan mengikut susunan rukun solat seperti mana yang telah diajarkan oleh Rasullullah SAW.
3. Mengeluarkan Zakat
  • Dengan berzakat, kita mengabdikan kepada Allah SWT dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.
4. Berpuasa Pada Bulan Ramadan
  • Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah SWT.
  • Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan di dalam peribadi kita serta meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT.
5. Mengerjakan Haji Di Baitullah
  • Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah SWT dengan harta kekayaan kita, dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

No comments:

Post a Comment