Sila masuk ke page 'Motivasi Untuk Pelajar' atau klik link di bawah:
http://warisansahsiah.blogspot.com/p/motivasi-untuk-pelajar-guru-ibubapa.html
Don't
Followers
Tuesday, 29 May 2012
Mari Hayati Hadis Shahih - 0001
Nabi SAW bersabda, maksudnya:
“Setiap kali orang Islam mendapat malapetaka, Allah SWT mengampuni dosanya itu kerana malapetaka itu, bahkan yang disebabkan terkena duri.”
(Hadis Sahih Bukhari).
Maksud Ayat Al-Quran: Al-A'raaf (Ayat 8 - 9)
“Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar, maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, dengan sebab mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya) pada bukan tempatnya.” (Al-A’raaf : Ayat 8 & 9).
Mari Belajar Rukun Iman
Rukun Iman
Ertinya bagi meningkatkan batas-batas keimanan serta keyakinan dan kepercayaan kepada Allah SWT.
1. Percaya Kepada Allah SWT
- Dengan iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepadaNya sahaja.
- Secara positif kita menuju tauhid yang semurni-murninya dan secara tidak langsung kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah SWT.
2. Percaya Kepada Malaikat
- Dengan penuh keimanan kita mempercayai bahawa adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat uang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah SWT.
3. Percaya Kepada Kitab-Kitab
- Percaya dengan yakin bahawa kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah SWT yang memimpin manusia, yang ditutup dan diakhiri dengan Al-Quran.
4. Percaya Kepada Nabi-Nabi Dan Para Rasul
- Dengan beriman kepada nabi-nabi dan rasul-rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah SWT untuk memberi petunjuk, yang diakhiri oleh Nabi Muhammad SAW.
5. Percaya Kepada Hari Kiamat
- Dengan iman, kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan lagi berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau di neraka.
6. Percaya Kepada Qada’ Dan Qadar
- Dengan beriman kepada qada’ dan qadar, kita mempercayai bahawa disamping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah SWT telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya.
Maksud Ayat Al-A'raaf: Ayat 1 & 2
Alif, Laam, Miim, Saad.
“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman” (Al-A’raaf: Ayat 1 & 2).
Mari Belajar Kembali Rukun Islam
Rukun Islam
Ertinya menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan hata milik kita sehingga tertegaknya keislaman yang sempurna. Terdapat 5 Rukun Islam yang wajib diamalkan sekiranya tiada uzur dan adalah wajib diketahui oleh orang Islam iaitu:

1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah
- Iaitu “Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah”
- Dengan Syahadatain, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa yang Maha Esa itu adalah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruhNya.
2. Solat Lima Waktu Sehari Semalam
- Dengan menunaikai solat, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepada Allah SWT. Sesungguhnya hanya yang layak kita abdikan diri kita hanya pada Allah SWT.
- Mulai dari lidah kita membaca, tangan kita bergerak, mata, telinga dan fikiran kita terpusat dengan mengikut susunan rukun solat seperti mana yang telah diajarkan oleh Rasullullah SAW.
3. Mengeluarkan Zakat
- Dengan berzakat, kita mengabdikan kepada Allah SWT dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.
4. Berpuasa Pada Bulan Ramadan
- Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah SWT.
- Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan di dalam peribadi kita serta meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT.
5. Mengerjakan Haji Di Baitullah
- Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah SWT dengan harta kekayaan kita, dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.
Monday, 28 May 2012
Aplikasi Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012
Aplikasi Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012 boleh dicapai melalui laman sesawang berikut:
http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/keputusan_exam/
Semakan ini boleh dilakukan mulai 29 Mei 2012 jam 10.00 pagi. Untuk mengisi ruang USERID, tambahkan 6 angka akhir nombor kad pengenalan anda selepas nombor matrik.
Contoh:
Nombor matrik anda: MA0455527085
6 angka terakhir kad pengenalan anda: 026295
Maka USERId anda ialah: MA0455527085026295
Sekiranya anda menghadapi sebarang kesulitan, sila hubungi 03-88844083.

Lagu Sejahtera Malaysia
Lagu Sejahtera Malaysia
Puji dan syukur pada Illahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian
Kemakmuran
Malaysiaku bahagia
Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada Nusa dan Bangsa
Kami junjung
Cita-cita luhur
Perpaduan seluruh Negeri
Seia sekata
Sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia
Kami setia
Berkorban untuk Negara
Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia
Lagu ini dimulakan dengan puji-pujian terhadap Allah SWT. Bersyukur atas nikmat Allah SWT yang melimpah ruah dan tidak dapat terhitung oleh manusia.
Kita berasa bersyukur kerana negara kita Malaysia berada dalam suasana aman damai dan makmur. Bukan sahaja di mata rakyat Malaysia sendiri tetapi perkara ini juga sudah menjadi perbualan masyarakat luar negara terutamanya yang pernah melancong ke negara kita.
Lagu ini menanamkan semangat yang berkobar-kobar kepada setiap rakyat Malaysia supaya mempunyai jati diri yang kuat untuk berjaya dalam hidup. Apabila kejayaan berjaya kita kecapi, maka dengan sendirinya kita telah berbakti kepada negara dan bangsa kita.
Berdasarkan kepada cita-cita dan niat yang suci ikhlas demi cintakan tanah air, ia bakal mewujudkan semangat perpaduan seluruh negeri. Mengapa? Kerana mereka mempunyai matlamat dan visi untuk mengerakkan segala tenaga dan usaha menjaga kedamaian dan keselamatan negara kita Malaysia.
Ayuhai anak remajaku, masa depan Malaysia terletak di bahu mu. Mulakanlah langkah kaki mu dengan tegas dan berpendirian teguh. Patahkan segala batu dan kayu penghalang perpaduan dan kemakmuran. Ramai musuh yang dengki dengan kebahagiaan yang kita kecapi. Tanpa anda semua, maka akan runtuhlah tiang agama dan tiang negara kita.
Setiap Hari, Satu Petikan Ayat Al Quran + Satu Petikan Hadis + Satu Petikan Motivasi
Cuba amalkan. Insya Allah diri akan rasa lebih tenang, jiwa rasa lebih lapang, tekanan semakin kurang dan insya Allah lidah jadi mudah untuk berbicara.
Di mana nak cari satu petikan dari ayat Al-Quran?
Setiap hari kita bangun awal pagi untuk solat fardu subuh. Cubalah bangun seawal mungkin. Jika azan subuh adalah pada jam 6.00 pagi, cubalah bangun pada jam 5.30 pagi. Tujuannya supaya kita membuat persediaan untuk solat subuh tersebut. Anggaplah solat subuh tersebut suatu yang sangat istimewa iaitu sebagai hadiah kita untuk Allah SWT. Bukannya atas rasa terpaksa. Benar-benar lahir dari hati yang jujur ikhlas.
Setelah selesai solat subuh, bacalah ayat Al-Quran walaupun sepotong ayat. Jika tidak pun, cubalah buka tafsir Al-Quran membaca sekurang-kurangnya beberapa ayat dan maknanya. Kita cuba amalkan bersama-sama keluarga kita. Jika kita seorang suami, kita bacakan maksud ayat Al-Quran yang kita baca tadi. Jika nak lebih baik lagi kita huraikan sedikit tafsiran Al-Quran tersebut. Insya Allah hati kita sepanjang hari lebih tenang dan lebih yakin. Insya Allah.
Adalah penting supaya kita memperuntukkan sedikit dari duit gaji kita untuk peningkatan dan pembaikan jiwa (rohani) diri kita sendiri dan keluarga kita. Jika setiap bulan kita boleh membeli baju baru, apa salahnya kita tambahi juga dengan satu buku setiap bulan. Baju boleh lusuh setelah bertahun dipakai, namun ilmu keimanan dari buku agama yang kita beli pastinya melekat terus di dalam hati sampai bila-bila. Insya Allah.

Lagu 1Malaysia - Universiti Limkokwing
Lagu tema Satu Malaysia dihasilkan oleh Limkokwing Sound & Music Design Academy. Lawati laman web Limkokwing di http://www.limkokwing.net/malaysia/
Satu Malaysia
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti
Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama
Kita satu bangsa, kita satu Negara
Kita satu matlamat, ooooo....
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata
Sehati dan sejiwa
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati
Kita satu bangsa, kita satu Negara
Kita satu matlamat, ooooo....
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti
Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama
Kita satu bangsa, kita satu Negara
Kita satu matlamat, ooooo....
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata
Sehati dan sejiwa
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati
Kita satu bangsa, kita satu Negara
Kita satu matlamat, ooooo....
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia
Kepentingan Menghayati Rukun Negara
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
- Kepercayaan kepada Tuhan
- Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-Undang
- Kesopanan Dan Kesusilaan
Apakah Jawapan Anda Tentang Tujuan Kita Belajar?
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
Sebelum kita belajar, cuba kita tanya diri kita kenapa kita perlu belajar. Seandainya jawapan anda seperti di bawah, anda belum lagi mengetahui matlamat dan tujuan sebenar konsep belajar:
Pada saya tujuan kita belajar adalah supaya kita ketahui apa yang kita tidak ketahui. Semakin belajar, semakin banyak rasa kita tidak tahu. Betul tak kalau kita tak belajar, seumpama kita tahu serba serbi (sebenarnya tak tahu atau tahu sedikit sahaja)..

- Saya belajar sebab semua orang belajar.
- Sebab mak dan ayah saya suruh saya belajar.
- Sebab nak jadi kaya.
- Sebab nak jadi terkenal.
- Saya tak tahu tujuan saya belajar, cuba terangkan.
Pada saya tujuan kita belajar adalah supaya kita ketahui apa yang kita tidak ketahui. Semakin belajar, semakin banyak rasa kita tidak tahu. Betul tak kalau kita tak belajar, seumpama kita tahu serba serbi (sebenarnya tak tahu atau tahu sedikit sahaja)..
Mengapakah Menjaga Sahsiah Adalah Amalan Mulia
Kita pernah mendengar bagaimana seorang pelajar boleh cemerlang dalam pelajaran. Tentunya belajar bersungguh-sungguh dalam kelas dan luar kelas. Juga tekun mendengar pengajaran guru. Siap semua kerja rumah yang diberikan guru.
Begitulah kalau kita menjaga sahsiah, kenalah bersungguh-sungguh. Janganlah seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Ataupun macam iklan biskut Chipsmore: sekejap ada, sekejap tiada. Usaha ini hendaklah dijalankan secara berterusan.
Mengamalkan sahsiah yang baik sebenarnya bukanlah sesukar mana. Ia lahir dari hati yang suci dan keinsafan diri. Orang yang mempunyai hati yang suci dan mempunyai keinsafan diri insya Allah mempunyai sahsiah yang terpuji dan disanjung tinggi. Untuk itu, sucikanlah hati dan insafkanlah diri. Insya Allah boleh melahirkan sahsiah yang baik.

Pengenalan
Assalamualaikum wbt...
Izinkan saya membuka blog ini dengan lafaz yang begitu mulia.... Bismillahirrahmanirrahim.... Salam ukhuwah kepada para pelajar dan pembaca sekalian.
Saya berasa begitu terpanggil untuk membuat blog yang bertajuk 'Warisan Sahsiah' ini apabila saya mengenangkan apakah yang boleh saya wariskan kepada anak bangsa apabila saya telah meninggal dunia pada suatu hari nanti. Saya benar-benar mahu melihat pelajar-pelajar saya dan masyarakat saya mempunyai sahsiah yang baik dan mulia.
Mudah-mudahan Allah SWT memudahkan saya untuk menulis di blog ini. Segala-galanya adalah kerana Allah SWT.. Sesungguhnya saya bukanlah manusia yang sempurna, malah sentiasa belajar dan terus belajar untuk menyempurnakan diri ini..

Subscribe to:
Posts (Atom)