Don't

Followers

Tuesday 29 May 2012

Update: Siri 1 Motivasi Untuk Pelajar Telah Keluar

Sila masuk ke page 'Motivasi Untuk Pelajar' atau klik link di bawah:

http://warisansahsiah.blogspot.com/p/motivasi-untuk-pelajar-guru-ibubapa.html

Mari Hayati Hadis Shahih - 0001

Nabi SAW bersabda, maksudnya:

“Setiap kali orang Islam mendapat malapetaka, Allah SWT mengampuni dosanya itu kerana malapetaka itu, bahkan yang disebabkan terkena duri.”

(Hadis Sahih Bukhari).

Maksud Ayat Al-Quran: Al-A'raaf (Ayat 8 - 9)

“Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar, maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, dengan sebab mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya) pada bukan tempatnya.” (Al-A’raaf : Ayat 8 & 9).

Mari Belajar Rukun Iman

Rukun Iman

Ertinya bagi meningkatkan batas-batas keimanan serta keyakinan dan kepercayaan kepada Allah SWT.

1. Percaya Kepada Allah SWT
-          Dengan iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepadaNya sahaja.
-          Secara positif kita menuju tauhid yang semurni-murninya dan secara tidak langsung kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah SWT.

2. Percaya Kepada Malaikat
-          Dengan penuh keimanan kita mempercayai bahawa adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat uang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah SWT.

3. Percaya Kepada Kitab-Kitab
-          Percaya dengan yakin bahawa kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah SWT yang memimpin manusia, yang ditutup dan diakhiri dengan Al-Quran.

4. Percaya Kepada Nabi-Nabi Dan Para Rasul
-          Dengan beriman kepada nabi-nabi dan rasul-rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah SWT untuk memberi petunjuk, yang diakhiri oleh Nabi Muhammad SAW.

5. Percaya Kepada Hari Kiamat
-          Dengan iman, kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan lagi berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau di neraka.

6. Percaya Kepada Qada’ Dan Qadar
-          Dengan beriman kepada qada’ dan qadar, kita mempercayai bahawa disamping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah SWT telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya.

Maksud Ayat Al-A'raaf: Ayat 1 & 2

Alif, Laam, Miim, Saad.
“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman” (Al-A’raaf: Ayat 1 & 2).

Mari Belajar Kembali Rukun Islam

Rukun Islam

Ertinya menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan hata milik kita sehingga tertegaknya keislaman yang sempurna. Terdapat 5 Rukun Islam yang wajib diamalkan sekiranya tiada uzur dan adalah wajib diketahui oleh orang Islam iaitu:

1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah
  • Iaitu “Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah”
  • Dengan Syahadatain, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa yang Maha Esa itu adalah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruhNya.
2. Solat Lima Waktu Sehari Semalam
  • Dengan menunaikai solat, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepada Allah SWT. Sesungguhnya hanya yang layak kita abdikan diri kita hanya pada Allah SWT.
  • Mulai dari lidah kita membaca, tangan kita bergerak, mata, telinga dan fikiran kita terpusat dengan mengikut susunan rukun solat seperti mana yang telah diajarkan oleh Rasullullah SAW.
3. Mengeluarkan Zakat
  • Dengan berzakat, kita mengabdikan kepada Allah SWT dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.
4. Berpuasa Pada Bulan Ramadan
  • Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah SWT.
  • Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan di dalam peribadi kita serta meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT.
5. Mengerjakan Haji Di Baitullah
  • Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah SWT dengan harta kekayaan kita, dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.